Pages

Selasa, 6 Disember 2016

UO SPHERE: LANDSKAP

    Assalamualaikum. Projek UO Sphere dibahagikan kepada 10 kumpulan iaitu 8 kumpulan Rekacipta dan 2 kumpulan Landskap. Saya sebagai ahli kumpulan Landskap 1. 

    Kami bertanggungjawab untuk memberikan pembaharuan terhadap landskap  dan persekitaran kolej. Antara projek yang bakal kami lakukan adalah:

1) Laluan payung. 

    Projek ini akan dibuat di laluan masuk ke foyer Kolej Ungku Omar.




Contoh Laluan Payung
 2) DIY Tin Alluminium

     Tin-tin kosong ini akan diinovasikan menjadi swesuatu yang lebih menarik dan akan ditampal pada brick wall di tepi Teratak Seni.



Contoh DIY Tin Alluminium
3) Landmark.

    Landmark adalah sesuatu yang menjadi mercu kepada sesuatu lokasi tersebut. Jadi, kami akan membuat landmark bagi Kolej Ungku Omar. 



Contoh Landmark di Malaysia
Nantikan pembaharuan Kolej Ungku Omar !

Isnin, 5 Disember 2016

HARI INTERAKSI SEKRETARIAT KEUSAHAWANAN

   Assalamualaikum. Pada hari Sabtu yang lalu, Sekretariat Keusahawanan Kolej Ungku Omar telah mengadakan Hari Interaksi di pantai Bagan Pinang di Port Dickson. Pada awal pagi, saya dan beberapa ahli menyediakan sarapan kepada ahli-ahli lain. Antara menu sarapan yang telah kami buat adalah Sandwich Telur dan Bihun Goreng. Kami menyewa sebuah van bagi menambah kenderaan ke sana. YDP kami ditugaskan untuk memandu van tersebut. Kami berkumpul seramai 30 orang termasuk ahli-ahli lama.

   Kami bertolak pada pukul 7.30 pagi sebanyak sebuah van dan 4 buah van. Kami tiba di PD pada pukul 9.30 pagi. Aktiviti pertama yang kami lakukan adalah sukaneka. Seterusnya aktiviti BBQ dan aktiviti bebas. 

  Hari Interaksi ini akan menjadi kenangan manis buat saya dan rakan-rakan kerana dapat meluangkan masa bersama dan merapatkan ukhuwah antara ahli sekretariat junior dan senior.



Sekretariat Keusahawanan 2016/2017




Bersama kawan-kawan sekretariat



Aktiviti Bebas





Aktiviti Sukaneka

LIFE IN UKM: BBQ TIME !

    Assalamualaikum. Pada malam ahad yang lalu krew-krew produksi teater MAHKAMAH telah mengadakan makan malam bersama ahli-ahli kelab SEPET yang telah menjayakan teater tersebut. Makan malam ini bagi memberi penghargaan dan meraikan kemenangan kelab SEPET dalam FESTER 2.0. Walaupun tidak mendapat johan, kami tetap bersyukur dengan kemenangan ini.

    Semoga kami dapat meneruskan aktiviti teater seterusnya dalam ICAF pada tahun hadapan. Ini akan menjadi kenangan yang bermakna buat saya kerana pertama kali menceburkan diri dalam bidang teater.

Menu: Nasi Kerabu

Menu: Ayam Bakar dan Sotong Bakar






Ahad, 4 Disember 2016

PERAKAUNAN: SISTEM UBS

    Assalamualaikum. Pada hari ahad yang lepas saya telah menghadiri kelas perakaunan untuk mempelajari tentang Sistem Perakaunan UBS. Pembelajaran dijalankan di Makmal Komputer 1 FEP. Tenaga pengajar adalah senior tahun 3. Kami dibimbing untuk membuat perakaunan melalui sistem UBS satu persatu.

Serba sedikit tentang Sistem UBS:

    Sistem Perakaunan UBS ialah satu sistem perakaunan berkomputer yang dikeluarkan oleh syarikat UBS Corporation Berhad. Sistem ini telah memperoleh taraf MSC Multimedia Super Corridor) dari MMC(Malaysia Multimedia Commission – Suruhanjaya Multimedia Malaysia). Alamat, nombor telefon dan nombor faks UBS Corporation Berhad boleh diketahui melalui logo Sistem ini semasa Sistem dimulakan.

     Kegunaan Sistem Perakaunan UBS tidak lain dan tidak bukan ialah untuk tujuan simpankira perakaunan dan menghasilkan laporan-laporan yang berkaitan dengannya.




Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh lihat di laman-laman web yang berkaitan dengan pembelajaran sistem UBS. Semoga Berjaya !

Sabtu, 3 Disember 2016

LIFE IN UKM: MEE TARIK

     Assalamualaikum. Pada hari Sabtu yang lepas saya telah berkunjung ke Restoran Hot Meal Bar Aras 5 di Pusanika UKM. Hot Meal Bar adalah Restoran yang dimiliki oleh Cina Muslim yang berasal dari negara China. Saya dan kawan berkunjung ke restoran ini bagi merasai hidangan utama mereka iaitu Mee Tarik. 


     Apabila anda masuk ke Hot Meal Bar, jangan lupa untuk menunjukkan matrik kad anda kerana dengan ada nya matrik kad tersebut, anda akan memdapat diskaun bagi belian makanan di sana. Hanya beberapa pekerja restoran tersebut yang tahu berbahasa Inggeris dan Melayu. 

      Mee tarik tidak lagi asing  bagi orang di China, bahkan di Malaysia juga telah ada beberapa restoran yang lebih awal menawarkan menu ini. Namun apa yang berbeza adalah Restoran Mee Tarik Hot Meal Bar menawarkan menu mee tarik yang halal. Hot Meal Bar menawarkan air percuma kepada anda. Restoran ini terletak di hujung dan akan nampak tempat pembuatan mee tarik di hujungnya. 
Selamat Mencuba ! 



Menu Utama: 





Khamis, 1 Disember 2016

LIFE IN UKM: MALAM ANUGERAH FESTER

     Assalamualaikum. Pada Malam Anugerah Fester (Festival Teater) 2.0, kelab SEPET Kolej Ungku Omar telah berjaya merangkul tempat ketiga daripada 12 buah kolej dan Busana dan Tatarias Terbaik.







Pengarah, Pelakon dan Krew-krew Produksi MAHKAMAH