Assalamualaikum W.B.T, sebagai pelajar Tahun Satu Universiti Kebangsaan Malaysia, saya diwajibkan untuk menetap di dalam kawasan universiti. Jadi saya telah ditempatkan di Kolej Ungku Omar. Dalam post kali ni, saya akan ceritakan serba sedikit tentang Kolej Ungku Omar.
PROFIL KOLEJ:
Kolej Ungku Omar dibina pada 23 Jun 1976 dan siap pada 7 Januari 1978 dengan keluasan 220 kaki persegi. Kolej Ungku Omar mempunyai 4 blok asrama, 23 blok pangsasiswa dan 3 blok pangsarama yang mampu menempatkan seramai 1024 orang penghuni. Dengan akronim KUO, kolej ini dinamakan sempena seorang tokoh perubatan negara – Allahyarham Prof. Dato’ Dr. Ungku Omar bin Ahmad.
Prof. Dato’ Dr. Ungku Omar bin Ahmad dilahirkan pada 18 Januari 1931 di Johor Bahru dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kluang. Beliau adalah seorang yang prolifik menghasilkan 40 kertas kerja dalam bidang perubatan. Prinsip “kesihatan itulah kemajuan” dan “tak sihat manakan maju” telah ditegaskan oleh beliau sendiri ketika memperjuangkan bahasa Melayu dalam perubatan Negara.
VISI DAN MISI:
Visi:
Bertekad menjadi kolej akademik yang terkehadapan membangunkan sifat dan semangat kekolejan dalam kalangan pelajar dengan menggabungkan ilmu dan kompetensi generik bagi menghasilkan pelajar yang berdaya saing dalam masyarakat.
Misi:
Melahirkan pelajar berilmu dan menguasai kemahiran insaniah agar berdaya saing selaras dengan falsafah dan wawasan universiti.
KOLEJ UNGKU OMAR |
PENGETUA KOLEJ UNGKU OMAR : ENCIK NIK HAIRI OMAR |
TIMBALAN PENGETUA KOLEJ UNGKU OMAR: ENCIK JAMALUL `LAIL ABDUL WAHAB |
MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR KUO 2016/2017 |
MAJLIS FELO KOLEJ UNGKU OMAR
Sekian sahaja post saya mengenai Kolej Ungku Omar. Terima Kasih.
Rujukan : http://www.ukm.my/kuo/
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan