Pages

Ahad, 30 Oktober 2016

TEMPAT MENARIK DI SELANGOR

    Assalamualaikum. Sebagai anak Perak yang menetap dan belajar di Selangor, saya ingin berkongsi dengan anda tempat-tempat  menarik di Selangor yang saya dan anda boleh kunjungi. Antara tempat menarik yang boleh di lawati di Selangor adalah:



1) Sg. Chiling at Kuala Kubu Baru (Sungai Chiling Fish Sanctuary)

Terletak di Kuala Kubu Bharu, jalan menghala ke Fraser Hill. Perjalanan dari bandar Kuala Kubu Bharu menghala ke Fraser Hill. Landmark yang penting anda perlu cari ialah Empangan Kuala Kubu. Sg Chiling terletak lebih kurang 10 KM dari empangan tersebut.


2) Bukit Melawati
     Selain Rumah Api yang dibina pada tahun 1907, pengunjung yang datang juga berpeluang untuk melihat kesan sejarah lain ini seperti Meriam purba, Batu Hampar, Perigi Beracun, dan Muzium Sejarah Kuala Selangor yang dulunya adalah kediaman rasmi Pegawai Daerah Kuala Selangor. Di puncak bukit ini juga terdapat Balai Cerap iaitu tempat melihatnya anak bulan bagi menentukan tarikh bermula Ramadhan dan Syawal.


3) Pantai Morib, Banting Selangor
     Pantai Morib menjadi tumpuan kerana anda berpeluang melihat pemandangan matahari terbenam di sini. Sebab itulah Goldcoast Sepang dibangunkan di Sepang, semata-mata untuk menikmati keindahan dan suasana matahari terbenam.


     Banyak lagi tempat-tempat menarik di Selangor yang anda boleh lawati seperti Pulau Ketam, Sunway Lagoon Waterpark dan lain-lain. 

Sekian sahaja disini, Assalamualaikum ! 

Jumaat, 28 Oktober 2016

TIPS MUDAH UNTUK MENGINGAT

    Assalamualaikum. Hai ! Di sini saya ingin berkongsi tentang tip-tip bagi mudah mengingat yang telah saya dapat daripada beberapa sumber. Tips ini juga adalah untuk saya amalkan. 

1) Doa

     Doa adalah sangat penting bagi membantu setiap pelajar agar tenang dan berjaya setanding dengan usaha yang telah dicurahkan.


2) Menghafal dalam keadaan fizikal yang sejahtera dan segar, minda yang lapang dan rehat. 

   Mengingati sesuatu merupakan proses yang berat ditanggung oleh akal. Ia memerlukan tenaga yang sempurna daripada tubuh badan yang cergas.

3) Lafazkan hafalan anda sehingga didengari oleh telinga anda sendiri.

   Bila mulut yang menyebut, telinga yang mendengar dan mata yang memandang akan memudahkan akal menerima hafalan tersebut berbanding menghafal tanpa bersuara.

4) Tulis perkara yang anda hafal tanpa melihat teks.

    Perkara ini penting untuk memastikan ingatan anda benar-benar mantap atau sebaliknya. Ia juga baik untuk mengelakkan berlaku kesilapan bila menjawab soalan yang sebenar.

5) Tampal nota atau bahan yang penting di tempat yang biasa dan kerap dilihat. 

    Ini bertujuan memantapkan hafalan yang penting seperti formula sains atau matematik.

6) Doa dan tawakkal. 

     Pastikan setiap usaha yang anda lakukan seiring dengan pergantungan dan penyerahan diri kepada Allah Yang Maha Pengurnia. Dialah yang menguatkan ingatan, Dialah yang Melupakan. Semuanya dalam KekuasaanNya.




Diharap tips yang dikongsi ini akan memberi manfaat kepada saya dan anda :)

Khamis, 27 Oktober 2016

LIFE IN UKM: CAFE KUO

     Assalamualaikum. Saya ingin berkongsi dengan anda tentang cafe Kolej Ungku Omar. Cafe KUO mempunyai pelbagai makanan yang enak seperti nasi berlauk yang mempunyai pelbagai pilihan lauk pada tengah hari, sizzling dan claypot, nasi kerabu, nasi ayam penyet dan nasi ayam, dan pada waktu petang dan malam mempunyai menu masakan panas. Cafe KUO juga berdekatan dengan Cyber-C dan Bilik Sumber.

   Antara kelebihan cafe KUO adalah masakannya yang enak dan HARGA yang berpatutan untuk para pelajar. Jadi, pelajar dari kolej lain dialu-alukan untuk datang mencuba makanan di cafe KUO. 



Pilihan lauk pada waktu tengah hari:







Ruang makan cafe:




Tempat untuk membayar dan membeli air:






Sekian sahaja di sini, Wassalam.

Rabu, 26 Oktober 2016

MINGGU KEDUA: APLIKASI KOMPUTER

Assalamualaikum W.B.T

     Pada minggu pertama pembelajaran Aplikasi Komputer, kelas telah diadakan di Makmal 3. Pensyarah yang menjadi tenaga pengajar saya adalah Dr. Norazila Bt Mat. Saya dan kawan telah diterangkan mengenai subjek Aplikasi Komputer. Seterusnya teori, aplikasi dan tajuk-tajuk yang akan kami pelajari. Antara tajuk yang telah diterangkan adalah Bab 1 sehingga Bab 7. Berikut adalah tajuk-tajuk bab tersebut:

Bab 1: Introducing Today's Technology
Bab 2: Computers And Mobile Device
Bab 3: Programs And Applications
Bab 4: Computing Components
Bab 5: Input And Output
Bab 6: Digital Storage
Bab 7: Operating System

         Seterusnya, kami teruskan dengan mempelajari Aplikasi Words. 

Ahad, 23 Oktober 2016

FELIS CATUS

     Assalamualaikum. Apa itu Felis Catus? Felis Catus adalah nama saintifik bagi kucing. Saya adalah seorang peminat kucing. Setiap peminat kucing pasti mempunyai baka yang diminati dan ingin dimiliki. Antara baka kucing yang saya minati adalah Munchkin, Scottishfold dan American Curl.

     Kucing merupakan haiwan kesayangan Rasulullah S.A.W. Justeru itu, kita mestilah berbuat baik kepada haiwan tersebut. Kebiasaannya, kucing peliharaan adalah kucing yang mesra dan jinak. Kucing juga seperti manusia, amat sensitif dan memerlukan kasih sayang. Jika manusia mempunyai penyakit seperti demam, selesema, diabetes, leukimia, kucing turut boleh mempunyai penyakit yang sama jika tidak dipelihara dengan betul. Jika anda meminati kucing, anda perlu tahu cara yang betul bagi memelihara kucing. 


Disini saya sertakan beberapa gambar baka kucing dan baka kucing yang saya minati:


Jenis-jenis Kucing

Munchkin




Scottishfold




American Curl




Enjoy the picture ! ☺

Isnin, 17 Oktober 2016

LIFE IN UKM: LIBRARY KUO

    Assalamualaikum. Kehabisan kuota wifi? Ini sering terjadi kepada pelajar termasuk saya. Jadi apa yang saya lakukan adalah pergi ke Bilik Sumber KUO bagi menyelesaikan kerja yang menggunakan Internet. Saya akan menggunakan wifi UKM Pelawat ataupun UKM Warga. Bilik Sumber sangat memudahkan saya untuk membuat tugasan-tugasan yang diberikan.

    Bagi yang memerlukan situasi belajar yang kondusif, saya rasa Bilik Sumber adalah tempat yang terbaik terutamanya pada waktu malam. Sebagai pelajar kita perlu berusaha untuk mendapatkan sesuatu bukan? Semoga Berjaya !



Pintu hadapan Bilik Sumber



Koleksi-koleksi buku di bilik Sumber:














Khamis, 13 Oktober 2016

LIFE IN UKM: MONYET

    Assalamualaikum. Saya terdetik untuk menulis tentang monyet kerana UKM ini tidak lagi asing dengan haiwan tersebut. Terutamanya di kawasan Kolej Ungku Omar. Setiap petang selepas Asar monyet-monyet akan berkeliaran di kawasan kolej bagi mencari makanan. Keadaan sampah yang berselerak telah menjadi kebiasaan bagi kami kerana monyet akan menyelongkar tong-tong sampah yang ada di kawasan kolej. 

   Apa yang paling ditakuti oleh pelajar perempuan ialah apabila blok mereka dimasuki monyet. Monyet akan memasuki bilik-bilik dengan membuka tingkap setiap bilik. Jadi kami perlu sentiasa menutup tingkap bilik pada setiap petang. Selipar juga perlu disimpan di dalam bilik bagi mengelak dari dicuri monyet. 





Ibu monyet dan anaknya.


Kelakar kan? Saya harap ini akan jadi kenangan apabila habis belajar di UKM.

Rabu, 12 Oktober 2016

LIFE IN UKM: CYBER-C

     Assalamualaikum. Hai ! Sebagai seorang pelajar, kita memang tak dapat dipisahkan daripada assignment yang tidak putus-putus. Saya tidak mempunyai printer untuk mencetak tugasan-tugasan tersebut, termasuklah nota-nota yang diberi dalam i-Folio. 

    Jadi, tempat yang selalu saya tuju adalah Cyber-C iaitu siber kafe di Kolej Ungku Omar. Saya lebih suka menggunakan perkhidmatan Cyber-C kerana harganya yang berpatutan dengan servis yang diberikan. Cyber-C bukan sahaja membuat perkhidmatan printing, tapi banyak lagi. Nak tambah nilai pun ada ! Ia adalah sumber kemudahan kepada pelajar.



Laluan di hadapan Cyber-C


Antara perkhidmatan yang disediakan oleh Cyber-C

     
     Maaf, saya terlupa untuk mengambil gambar ruang di dalam Cyber-C. Ruang dalaman Cyber-C sama sahaja dengan siber kafe yang biasa kita kunjungi. 

Sekian sahaja, Assalamualaikum :)

Isnin, 10 Oktober 2016

SAYA DAN KELUARGA

Assalamualaikum W.B.T. 
    
    Nama diberi Norain Binti Bohari. Dilahirkan pada 22 Januari 1996 di Hospital Tanjung Malim, Perak. Berasal daripada Tanjung Malim, Perak tetapi menetap bersama keluarga di Hulu Bernam, Hulu Selangor. Hulu Bernam bersempadan dengan Tanjung Malim iaitu sempadan Selangor dan Perak. Saya bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Hulu Bernam, Hulu Selangor. Sekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari, Tanjung Malim. Selepas SPM, saya melanjutkan pengajian di Kolej Matrikulasi Kelantan tetapi menangguhkan pengajian selama satu tahun atas masalah kesihatan. Setelah satu tahun, pada tahun 2015, saya menyambung pengajian di Kolej Matrikulasi Selangor selama satu tahun dalam jurusan Perakaunan. Seterusnya berjaya menetapkan diri sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan di Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia. 

   Ayah saya bernama Bohari Bin Sajak. Berumur 62 tahun dan seorang pesara kerajaan. Ayah saya pernah berkhidmat sebagai Pekerja Am di Majlis Daerah Hulu Selangor. Ibu saya bernama Leha Binti Mohamed. Berumur 63 tahun dan seorang suri rumah. Mereka amat tegas dalam mendidik anak-anak tetapi penyayang dan sangat mengambil berat tentang kami adik-beradik.

   Saya mempunyai tujuh orang adik-beradik, Saya adalah anak yang terakhir atau pun bongsu. Mempunyai tiga abang dan tiga kakak. Ketiga-tiga abang dan kakak saya telah berkahwin dan mempunyai keluarga. Ada antara abang dan kakak saya yang telah mempunyai anak. Saya mempunyai tujuh orang anak buah yang comel. Oleh kerana jarak umur saya yang agak jauh dengan kakak dan abang, hubungan saya dengan anak buah sangat rapat kerana anak buah saya akan menganggap saya seperti kakak atau kawan mereka. Mereka juga serasi dengan saya. 

Sekian sahaja daripada saya. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca tentang saya dan keluarga yang tersayang. 





Sebahagian daripada keluarga besar saya pada perkahwinan kakak saya, Ainol Anis Binti Bohari dan Muhd Zarul Izwan Bin Mat Lazim pada tahun 2015.

Ibu dan Ayah saya pada tahun 2015 ketika mengerjakan haji.