Pages

Isnin, 10 Oktober 2016

SAYA DAN KELUARGA

Assalamualaikum W.B.T. 
    
    Nama diberi Norain Binti Bohari. Dilahirkan pada 22 Januari 1996 di Hospital Tanjung Malim, Perak. Berasal daripada Tanjung Malim, Perak tetapi menetap bersama keluarga di Hulu Bernam, Hulu Selangor. Hulu Bernam bersempadan dengan Tanjung Malim iaitu sempadan Selangor dan Perak. Saya bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Hulu Bernam, Hulu Selangor. Sekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari, Tanjung Malim. Selepas SPM, saya melanjutkan pengajian di Kolej Matrikulasi Kelantan tetapi menangguhkan pengajian selama satu tahun atas masalah kesihatan. Setelah satu tahun, pada tahun 2015, saya menyambung pengajian di Kolej Matrikulasi Selangor selama satu tahun dalam jurusan Perakaunan. Seterusnya berjaya menetapkan diri sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan di Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia. 

   Ayah saya bernama Bohari Bin Sajak. Berumur 62 tahun dan seorang pesara kerajaan. Ayah saya pernah berkhidmat sebagai Pekerja Am di Majlis Daerah Hulu Selangor. Ibu saya bernama Leha Binti Mohamed. Berumur 63 tahun dan seorang suri rumah. Mereka amat tegas dalam mendidik anak-anak tetapi penyayang dan sangat mengambil berat tentang kami adik-beradik.

   Saya mempunyai tujuh orang adik-beradik, Saya adalah anak yang terakhir atau pun bongsu. Mempunyai tiga abang dan tiga kakak. Ketiga-tiga abang dan kakak saya telah berkahwin dan mempunyai keluarga. Ada antara abang dan kakak saya yang telah mempunyai anak. Saya mempunyai tujuh orang anak buah yang comel. Oleh kerana jarak umur saya yang agak jauh dengan kakak dan abang, hubungan saya dengan anak buah sangat rapat kerana anak buah saya akan menganggap saya seperti kakak atau kawan mereka. Mereka juga serasi dengan saya. 

Sekian sahaja daripada saya. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca tentang saya dan keluarga yang tersayang. 





Sebahagian daripada keluarga besar saya pada perkahwinan kakak saya, Ainol Anis Binti Bohari dan Muhd Zarul Izwan Bin Mat Lazim pada tahun 2015.

Ibu dan Ayah saya pada tahun 2015 ketika mengerjakan haji.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan