Pages

Rabu, 30 November 2016

PROJEK EKONOMI

    Assalamualaikum. Hai ! Disini saya ingin kongsikan slide-slide presentation saya tentang projek ekonomi yang bertajuk Kajian Perletakan Harga Di Pasaran. Kami diberi masa selama 7 minggu bagi membuat kajian dengan pemilik kedai berkenaan.












Sekian sahaja disini, Assalamualaikum ! 

Ahad, 27 November 2016

LIFE IN UKM: TEATER KAMAR ILUSI

     Assalamualaikum. Pada 26 November 2016 pada jam 8.30 malam saya dan kawan-kawan telah pergi ke Panggung Seni untuk menonton teater Kamar Ilusi yang dipersembahkan oleh peserta dari Kolej Tun Syed Nasir, UKM cawangan KL. Harga tiket yang dijual kepada pelajar ukm adalah RM3. Kamar Ilusi adalah kisah anak muda yang mengalami sakit OCD atau Obsessive Compulsive Disorder.

Apa itu OCD?

  Sejenis penyakit kecelaruan mental, yang timbul disebabkan kewujudan pemikiran-pemikiran yang menghasilkan kebimbangan. Kebimbangan itu kemudiannya menuntut tindak balas yang berulang-ulang bertujuan mengurangkannya. Atau dengan kata lain, penyakit ini adalah gabungan pemikiran ketaksuban (English-obsession) dalam perlakuan, dan sikap ke atasnya (English-compulsion) yang berulang-ulang. 

Tanda-tanda OCD:

   Tanda-tanda kecelaruan yang membimbangkan ini wujud pada seringan-ringan perkara seperti membasuh tangan berulang-ulang. Selain itu, berlaku halangan meluas dalam menumpukan otak ketika menerima impuls daripada hubungan kelamin, amalan agama dan serangan luar. Tanda-tanda ini boleh merenggangkan hubungan sosial dan membuang masa.

Akibat OCD:

    Menyebabkan kesan buruk kepada emosi dan pengurusan diri penghidapnya. Selain kelakuan pesakit-pesakit OCD mungkin kadangkala nampak gila dan kurang siuman, penghidapnya juga kerapkali mempercayai bahawa pemikiran dan tindakan susulan sesuatu perkara yang dilakukan sebagai tidak wajar, dan mereka akan berasa lebih tertekan selepas menyedari perkara tersebut.

Kesimpulannya, Watak utama dalam teater Kamar Ilusi, Amir menghidap OCD hingga menyebabkannya tertekan dan berfikir bahawa dirinya menghidap HIV. Amir juga tertekan hingga terjurumus dalam aktiviti tidak bermoral seperti pengambilan dadah dan minuman beralkohol dan menyebabkan dirinya sentiasa berilusi.


Sabtu, 26 November 2016

LIFE IN UKM: UO SPHERE

    Assalamualaikum. Pada post ini saya akan berkongsi tentang subjek citra yang telah diwujudkan pengetua Kolej Ungku Omar, En. Nik Hairi kepada pelajar yang menetap di kolej ini. Subjek ini turut menjadi projek kolej iaitu UO Sphere atau nama dan kod subjeknya adalah Teknologi Hijau dan Kelestarian Alam Sekitar (LMCW 1532). Pelajar dibahagikan kepada 8 kumpulan Rekacipta dan 2 kumpulan Landscape. Kumpulan tersebut dibawah pemantauan mentor iaitu Felo-Felo KUO dan MEP KUO. 





Objektif kursus:

 • Menerangkan konsep, falsafah, dan nilai-nilai teknologi hijau dan kemampanan alam sekitar dalam kalangan pelajar prasiswazah.

 • Mengadakan projek kesedaran teknologi hijau dan kemampanan di kolej.

 • Merancang dan melaksanakan projek teknologi hijau dan kemampanan alam sekitar di peringkat oleh kediaman.

Hasil Pembelajaran Kursus: 

Di akhir kursus ini, pelajar seharusnya berkebolehan untuk:

– Memahami dan menerangkan konsep dan falsafah asas teknologi hijau dan kemampanan. 

– Menghasilkan produk kitar semula/penggunaan semula berdasarkan pemikiran kreativiti.

– Memupuk keperibadian murni dan sifat bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan masyarakat sejagat.

Penilaian:

• Kehadiran 10% 
• Penglibatan dalam projek 10% 
• Hasil projek 60%
• Laporan projek 20%

Sekian sahaja dari saya, Wassalam. 

Rabu, 23 November 2016

LIFE IN UKM: HARI INDUKSI MANAGEMENT CLUB


      Assalamualaikum. Pada 21 November 2016 telah berlangsung Hari Induksi Management Club FEP UKM. Banyak aktiviti yang telah kami lalui seperti pengenalan tentang Management Club dan Explorace. Insha Allah pada masa akan datang saya akan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan Management Club. Hari Induksi Management Club adalah yang terbaik kerana kami sebagai ahli dapat mengenali satu sama lain dengan lebih  dekat dan merapatkan ukhuwah sesama ahli.



Logo Management Club


Pengenalan Management Club

Kumpulan 5, Explorace

Sabtu, 19 November 2016

JOM BERSIH DAN SIHAT

    Assalamualaikum. Pada 18 November 2016 telah diadakan program Jom Bersih Dan Sihat yang dianjurkan oleh kami Kumpulan 6 di bawah projek citra Pendidikan Dan Masyarakat di Tadika Emaan Kindy. Peserta terdiri daripa 30 orang pelajar Tadika Emaan Kindy. 

Program dimulakan pada jam 8.30 pagi. Tentatif program seperti berikut:

8.30-8.45     pagi     - Riadah

9.00-10.00   pagi     - Program Inovasi

10.15-10.45 pagi     - Acara Sukaneka

11.00-11.30 pagi     - Gotong-royong

11.30-12.00 pagi     - Majlis Penutup

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar ketika program dilakukan. Saya berharap program pertama yang kami anjurkan ini akan memberi manfaat kepada kami dan pelajar-pelajar tersebut.




Ketika aktiviti Inovasi dijalankan



Bersama Dr. Mahzan, pensyarah bimbingan Kumpulan 6



Bersama ahli-ahli Kumpulan 6




Khamis, 17 November 2016

APLIKASI KOMPUTER: EXCEL

     Assalamualaikum. Pada post kali ini saya ingin menceritakan tentang Excel task yang telah diberikan kepada kami. Antara apa yang telah kami pelajari adalah:



Autoflash
Autofill
Simple Formula
Formula for text
Personal Budget

LIFE IN UKM: SEPET

   Assalamualaikum. Pada post ini, saya ingin memperkenalkan Kelab Teater Kolej Ungku Omar iaitu SEPET (Seni Pentas Teater).Saya telah menyertai kelab ini dan mengambil bahagian sebagai post kostum bagi persembahan teater yang kami sertai pada FESTER 2.0 (Festival Teater 2.0). Tajuk teater kami adalah MAHKAMAH. Jalan penceritaan Mahkamah ini bukan lah seperti yang orang lain jangkakan kerana kami membuat tema Mahkamah Hantu. Kami memberikan mode seram dan lawak kepada penonton. Terdapat tiga tertuduh bagi kes-kes yang dibicarakan. Sebagai post kostum, saya ditugaskan bagi membuat baju kepada watak-watak hantu tersebut antaranya adalah Drakula (Hakim), Orang Minyak( Pengawal), Hantu Raya (Pendakwa Raya), Kum Kum (Peguam Bela), Joker (Tertuduh satu), Pocong (Tertuduh Dua), Zombi (Penterjemah), Jerangkung (Tertuduh Tiga), Pontianak (Isteri Jerangkung). Persembahan teater telah dijalankan pada 28 November 2016 pada jam 3 petang. Persembahan telah berjalan dengan lancar.

Poster

Booth di Panggung Seni

Penasihat, Pengarah, Krew Produksi Dan Pelakon

Selasa, 15 November 2016

APLIKASI KOMPUTER: RESUME DAN MAIL MERGE

     Assalamualaikum. pada post kali ini, saya hendak menceritakan mengenai tugasan yang telah diberikan kepada kami iaitu untuk membuat resume dan mail merge bagi membuat surat permohonan kerja di syarikat-syarikat yang dipilih. Pertama sekali kami perlu membuat resume sebagai rujukan kepada syarikat-syarikat tersebut. Antara maklumat yang perlu ada di dalam resume tersebut adalah latar belakang individu, penglibatan individu dalam aktiviti selama berada di universiti dan skill atau kemahiran yang ada pada diri individu tersebut. Seterusnya, kami perlu membuat data mengenai syarikat yang dipilih. Akhir sekali, kami membuat mail merge bagi membuat surat-surat permohonan tersebut secara serentak. 

Dibawah adalah contoh resume, data dan surat permohonan kerja:


Contoh Resume
Contoh data yang telah saya buat.
Contoh format mail merge.


Contoh surat yang terhasil dari mail merge.


Sekian sahaja dari saya.

Isnin, 14 November 2016

APLIKASI KOMPUTER: TUGASAN WORD


     Assalamualaikum. Pada post kali ini saya akan ceritakan tentang Tugasan Word yang telah diberikan kepada pelajar oleh pensyarah masing-masing. Setiap pelajar akan diberi draf tugasan tersebut dan pelajar perlu membetulkan kesalahan yang terdapat dalam draf tersebut mengikut contoh Dokumen Word yang diberikan.

    Semua yang telah dipelajari di dalam kelas tentang Microsoft Word digunakan dalam tugasan yang diberikan. Bagi yang tidak mahir menggunakan Microsoft Word akan sedikit sukar untuk menyiapkan tugasan ini kerana banyak yang kita perlu pelajari selain daripada perkara asas yang kerap kita gunakan apabila menggunakan aplikasi Microsoft Word.

Sekian sahaja post saya pada kali ini.

Draf tugasan yang diberikan.

Tugasan yang telah saya selesaikan.

Sabtu, 12 November 2016

LIFE IN UKM: SEKRETARIAT KEUSAHAWANAN KUO

     Assalamualaikum. Hari ini saya akan ceritakan tentang Sekretariat Keusahawanan Kolej Ungku Omar. Saya memilih untuk melibatkan diri dalam sekretariat ini kerana berminat untuk mencari pengalaman dalam menjalankan aktiviti keusahawanan. Pelbagai aktiviti telah dijalankan. Antaranya, jualan di kiosk yang terletak di hadapan blok K7A Kolej Ungku Omar. Jualan tersebut dibuat setiap hari kecuali hari Sabtu.
    Antara jualan yang kami jual adalah keropok lekor, kentang goreng, popia pisang, dan pelbagai makanan frozen. Jualan yang menjadi kegemaran orang ramai adalah keropok lekor. Kiosk Keusahawanan dibuka bermula pukul 5.30 petang sehingga pukul 10.30 malam. Kiosk ini dibuka untuk memberi kemudahan kepada pelajar kolej yang memerlukan kudap-kudapan pada malam hari. Warga kolej lain turut dialuk-alukan untuk datang ke kiosk Keusahawan Kolej Ungku Omar. 


Wedges (Gambar Hiasan)
Kentang Goreng (Gambar Hiasan)


Keropok Lekor Terengganu (Gambar Hiasan)

Kiosk Keusahawanan Kolej Ungku Omar





Rabu, 9 November 2016

LIFE IN UKM: FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN

    Assalamualaikum W.B.T. Pada post kali ini, saya akan ceritakan serba sedikit tentang Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan, iaitu fakulti bagi bidang pengajian saya, Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan.

 Latar Belakang:
Sejarah Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, UKM dirintis dengan tertubuhnya Jabatan Ekonomi dan Perdagangan. Seusia dengan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1970.
Pada peringkat awal penubuhannya disiplin ekonomi hanya bertaraf jabatan. Ia merupakan salah sebuah jabatan dalam Fakulti Sastera. Taraf Jabatan Ekonomi dan Perdagangan telah dinaikkan ke peringkat fakulti pada 1 Januari 1974 hasil perkembangan bidang ilmu yang pesat dalam disiplin ekonomi dan pengurusan. Fakulti baru ini dinamakan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan.
Perkembangan ilmu ekonomi dan perniagaan serta permintaan pasaran gunatenaga yang semakin menigkat telah melahirkan idea untuk memisahkan fakulti ini kepada dua buah fakulti yang berasingan iaitu Fakulti Ekonomi dan Fakulti Pengurusan Perniagaan. Pengasingan fakulti ini telah berlaku pada 16 Mei 1979. Semenjak dari itu, kedua-dua fakulti telah berkembang dengan pesat.
Dalam tahun 1996, pihak pengurusan UKM telah memutuskan untuk mengkaji semula dan menstrukturkan Fakulti dan Jabatan Akademik. Pada bulan Ogos 1997, keputusan telah dibuat bahawa penggabungan fakulti akan berdasarkan susunan atau rumpun ilmu.
  • Tahun 1999 – Semua fakulti dalam rumpun sains telah disatukan dan menjadi Fakulti Sains dan Teknologi.
  • Tahun 2001 – Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Fakulti Sains Pembangunan dan Fakulti Pengajian Bahasa distrukturkan semula sebagai Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.
  • 1 April 2004 – Tertubuhnya Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, iaitu gabungan Fakulti Ekonomi dan Fakulti Pengurusan Perniagaan.
Pemilihan nama Fakulti Ekonomi dan Perniagaan adalah membayangkan disiplin utama ilmu dalam bidang ekonomi, pengurusan perniagaan, dan perakaunan serta mencerminkan kesepaduan ilmu yang mempunyai epistemologi sepunya.

Visi, Misi dan Matlamat:

Visi
Menjadi fakulti terpilih yang memangkin dan menjana ilmu untuk pembangunan ekonomi, perniagaan dan profesion bagi kesejahteraan negara dan masyarakat sejagat.
Misi
Bertekad menjadi pusat kecemerlangan ilmu pengurusan perniagaan, perakaunan dan ekonomi melalui gabungan ilmu dan amalan yang mulia, profesionalisme yang tinggi dan perkembangan terkini.
Matlamat
  • Memupuk kesarjanaan dan kecemerlangan pendidikan, penyelidikan dan pengembangan ilmu.
  • Melahirkan graduan berpengetahuan, berketrampilan, beretika dan berpandangan global.
  • Menghasilkan graduan berwibawa dalam profesionnya.
  • Menyebarkan ilmu dan kepakaran kepada masyarakat.

Carta Organisasi FEP

    Sekian sahaja daripada saya tentang FEP. Sebarang maklumat atau info lebih lanjut yang diperlukan boleh didapati di laman web http://www.ukm.my/fep/.

LIFE IN UKM: KOLEJ UNGKU OMAR

     Assalamualaikum W.B.T, sebagai pelajar Tahun Satu Universiti Kebangsaan Malaysia, saya diwajibkan untuk menetap di dalam kawasan universiti. Jadi saya telah ditempatkan di Kolej Ungku Omar. Dalam post kali ni, saya akan ceritakan serba sedikit tentang Kolej Ungku Omar. 

PROFIL KOLEJ:

     Kolej Ungku Omar dibina pada 23 Jun 1976 dan siap pada 7 Januari 1978 dengan keluasan 220 kaki persegi. Kolej Ungku Omar mempunyai 4 blok asrama, 23 blok pangsasiswa dan 3 blok pangsarama yang mampu menempatkan seramai 1024 orang penghuni. Dengan akronim KUO, kolej ini dinamakan sempena seorang tokoh perubatan negara – Allahyarham Prof. Dato’ Dr. Ungku Omar bin Ahmad.

    Prof. Dato’ Dr. Ungku Omar bin Ahmad dilahirkan pada 18 Januari 1931 di Johor Bahru dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kluang. Beliau adalah seorang yang prolifik menghasilkan 40 kertas kerja dalam bidang perubatan. Prinsip “kesihatan itulah kemajuan” dan “tak sihat manakan maju” telah ditegaskan oleh beliau sendiri ketika memperjuangkan bahasa Melayu dalam perubatan Negara.

VISI DAN MISI:

Visi:
Bertekad menjadi kolej akademik yang terkehadapan membangunkan sifat dan semangat kekolejan dalam kalangan pelajar dengan menggabungkan ilmu dan kompetensi generik bagi menghasilkan pelajar yang berdaya saing dalam masyarakat.
Misi:

Melahirkan pelajar berilmu dan menguasai kemahiran insaniah agar berdaya saing selaras dengan falsafah dan wawasan universiti.

KOLEJ UNGKU OMAR

PENGETUA KOLEJ UNGKU OMAR : ENCIK NIK HAIRI OMAR

TIMBALAN PENGETUA KOLEJ UNGKU OMAR: ENCIK JAMALUL `LAIL ABDUL WAHAB


MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR KUO 2016/2017


MAJLIS FELO KOLEJ UNGKU OMAR



Sekian sahaja post saya mengenai Kolej Ungku Omar. Terima Kasih.

Sabtu, 5 November 2016

TIPS BERJIMAT UNTUK PELAJAR

     Assalamualaikum. Sebagai pelajar IPT saya sememangnya memerlukan perbelanjaan yang agak tinggi lagi-lagi di zaman sekarang apabila ekonomi tidak stabil. Jadi saya inginkan kongsikan kepada anda tip-tip atau panduan yang saya dapat daripada beberapa sumber bagi berjimat sebagai seorang pelajar.



Panduan 1: Wujudkan Dana Kecemasan

Sebagai pelajar, ada masanya akan berhadapan dengan kejadian yang tidak dijangka dan ianya memerlukan perbelanjaan yang banyak. Sebagai contoh, anda boleh jatuh sakit dan perlu dibawa ke hospital, kenderaan atau komputer mungkin rosak dan perlu diperbaiki, serta isu-isu kewangan yang lain.  Tetapi ingat: Dana kecemasan harus digunakan untuk KECEMASAN SAHAJA!

Panduan 2: Buat perbandingan harga semasa membeli-belah

Dengan membandingkan harga dan mencari tawaran yang terbaik, anda mampu menjimatkan wang setiap kali membeli-belah. Membandingkan harga juga mengajar kita untuk menjadi lebih berhati-hati dan bersabar semasa membeli barang. 

Panduan 3: Jadilah pelajar yang bijak

Sebagai pelajar yang bijak dalam pelajaran, anda juga perlu bijak berbelanja. Cetak tugasan anda di kedua-dua belah muka surat kertas, beli isian semula mesin pencetak dan bukannya kartrij pencetak, pinjam buku rujukan daripada pelajar senior/rakan/perpustakaan, sewa rumah bersama kawan-kawan dan makanlah di kampus. Secara amnya, perkhidmatan dan kemudahan di kampus seperti sewa asrama, fotokopi dan lain-lain adalah lebih murah, jadi ambillah kesempatan ini! Lebih elok lagi, kumpulkan kawan-kawan anda dan carilah peluang mendapatkan diskaun apabila membeli barang (buku, alat tulis, dll) secara pukal di kampus.


Panduan 4: Gunakan kad pelajar anda

Kad pelajar adalah salah satu instrumen yang sangat membantu dalam usaha anda menyimpan wang. Anda boleh menggunakannya untuk mendapat diskaun ketika menonton wayang, membeli buku, menaiki LRT, melayari Internet, bercuti, makan, bersukan dan sebagainya. Bayangkan penjimatan yang anda dapat!

Panduan 5: Gunakan pengangkutan awam

Menggunakan pengangkutan awam biasanya melibatkan kos yang lebih rendah berbanding memandu kereta. Jika kurang minat menaiki pengangkutan awam, kongsi kereta bersama rakan-rakan! 





Semoga tips atau panduan-panduan tersebut berguna kepada saya dan anda. Bagi mendapatkan tips dan panduan dengan lebih lanjut, anda boleh klik DISINI.